Ahmed Deedat Tantang Paus Debat Keagamaan, Disaksikan Jutaan Pasang Mata Manusia dari Kalangan Islam dan Nasrani

"Aku tidak akan pergi menemui Paus di Vatikan untuk sekedar minum kopi bersamanya lalu dia memberiku Injil sebagai hadiah dan kenang-kenangan. 

Kemudian aku tampil di media dan orang-orang berkata: "Alangkah hebatnya engkau wahai Deedat."

Yang aku inginkan adalah berdebat dengan Paus dengan disaksikan jutaan pasang mata manusia dari kalangan islam dan nasrani. Sayang paus menolaknya."

(AsySyaikh Ahmed Deedat rahimahullah)

***

Syekh Ahmed Hussein Deedat (1 Juli 1918 – 8 Agustus 2005) atau Ahmed Deedat atau Ahmad Deedat adalah seorang ulama Islam yang terutama menekuni bidang perbandingan agama. Ia juga merupakan seorang penulis, dosen, dan orator. Ia dikenal sebagai salah satu pembicara handal dalam debat publik tentang masalah keagamaan.


ALMARHUM SHEIKH AHMED HOSSEN DEEDAT

(1.7.1918 – 8.8.2005) DALAM KENANGAN
(HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA ISLAM)

1. LATAR BELAKANG KELUARGA

1.1.        Sheikh Ahmed Hossen Deedat  telah dilahirkan dalam Daerah Surat Wilayah Gujerat, India pada 1.7.1918.  Ayahnya bernama Hossen Kazem Deedat dan ibunya ialah Fatma Deedat. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin.  Ayahnya hanyalah seorang tukang jahit.  Atas desakan dan kemiskinan hidup, bapanya memutuskan untuk berhijrah ke Afrika Selatan dengan harapan dapat mencari kesenangan hidup di sana.  Semasa ayahnya meninggalkan India, Ahmad Deedat masih kecil dan tinggallah beliau bersama emak dan adik-beradiknya. Namun pekerjaan ayahnya di sana juga sebagai seorang tukang jahit.  Nasibnya tidak banyak berubah.  Kemiskinan masih menghantuinya. Ayahnya hanya menyewa sebuah rumah yang kecil dan bekerja sebagai tukang jahit disebuah kedai yang kecil di tempat tinggalnya di Daerah Kwazulu-Natal, Durban.

1.2.         Pada bulan Ogos 1927, iaitu semasa berumur 9 tahun Ahmed Deedat telah sampai ke Afrika Selatan. Beliau telah meninggalkan ibunya dengan iringan air mata tangisan seorang ibu kerana terpaksa berpisah dengan anaknya. Itulah kali terakhir beliau melihat ibunya. Ibunya telah meninggal dunia beberapa bulan selepas pemergian beliau ke Afrika Selatan. Perjalanannya ke Afrika Selatan ialah dengan menaiki kapal laut. Itulah pertama kali dalam hidupnya beliau melihat laut dan menaiki kapal laut. Untuk menaiki kapal laut, beliau perlu pergi ke Bombay.  Dari Bombay ke Durban memakan masa selama satu bulan.
AHMED DEEDAT, KIRI SEBELAH AYAHNYA HOSSEN DEEDAT
AHMED DEEDAT MASA REMAJA
1.3.        Mengikut cerita salah seorang anak Ahmed Deedat, iaitu Yusof Ahmed Deedat ayahnya sampai di Pelabuhan Durban sehari selepas kerajaan Afrika Selatan menguatkuasakan larangan kemasukan kanak-kanak dari India ke Afrika Selatan tanpa diiringi oleh ibu mereka.  Setelah tiba di Pelabuhan Durban pihak berkuasa melarang kemasukan Ahmed Deedat dan kanak-kanak India yang lain. Namun demikian Allah telah memilih Ahmed Deedat dan membuat perancangan yang besar untuknya bagi tempoh puluhan tahun akan datang.  Walaupun terdapat larangan dan sekatan keras pihak berkuasa pelabuhan untuk kemasukan Ahmed Deedat ke Afrika Selatan, tetapi ayahnya telah melawan dan berkeras dengan pihak berkuasa sehinggalah akhirnya Ahmed Deedat berjaya dilepaskan sedangkan kanak-kanak India yang lain telah diarahkan pulang semula ke India.

2. PENDIDIKAN/KEHIDUPAN PERINGKAT AWAL

2.1.   Walaupun miskin, ayahnya berusaha menyekolahkannya. Beliau berjalan kaki ke sekolah kerana ayahnya tidak mampu membayar tambang bas sebanyak 2 penny. Di sekolah beliau menjadi pelajar yang cemerlang. Dengan ketekunannya dalam pelajaran, Ahmed Deedat dapat mengatasi masalah Bahasa Inggeris dan dapat menguasai pelajarannya dengan sangat baik. Kegemaran dan hobi beliau dalam membaca telah menolongnya untuk memudahkan dirinya sehingga beliau berjaya tamat pendidikan pada peringkat darjah 6. Tiga hari setelah memasuki sekolah  menengah, ayahnya terpaksa menamatkan persekolahannya kerana tidak mampu menampung belanja belajar.
INILAH SEKOLAH MENENGAH YANG BELIAU SEMPAT BELAJAR SELAMA 3 HARI SAHAJA

2.2.   Susulan dari itu pada usia 16 tahun beliau terpaksa bekerja.  Ketika itu ialah tahun 1936. Pekerjaan pertamanya ialah sebagai jurujual di sebuah kedai runcit. Kedai itu lebih kurang 13 km dari rumahnya. Allah telah mengatur dan merancang segala-galanya buat kehidupan hamba pilihanNya.  Semasa dia menjadi juru jual inilah dia kerap didatangi oleh pemuda-pemuda yang telah dilatih menjadi pendakyah Kristian untuk mengkristiankan budak-budak Islam.  Mereka datang dari sebuah sekolah menengah misionari Kristian yang terletak di atas sebuah bukit bernama Bukit Adam, tidak jauh dari tempat Ahmed Deedat bekerja. Mereka datang kepada Ahmed Deedat untuk menghina agama Islam dengan mengeluarkan kata-kata seperti (i) Kandungan Quran ditiru dari Kitab Bible (ii) Nabi Muhammad kahwin ramai isteri kerana nafsu syahwatnya sangat kuat (iii) Islam dikembangkan dengan kekerasan menggunakan pedang.

2.3.   Sebagai seorang budak, Ahmed Deedat tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau tidak ada ilmu.  Oleh itu dia tidak dapat berhujah balik.  Untuk dia tinggalkan kedai runcit dan cari kerja lain, kerja amat sukar dicari masa itu. Pilihan yang ada padanya hanyalah satu, iaitu mempelajari agama Islam serta ajaran agama Kristian itu sendiri, khususnya apa yang terkandung dalam kitab Bible. Di sinilah permulaannya, Allah telah menanamkan  keinginan yang membara dalam dirinya untuk membela Islam dan sekaligus berusaha menghentikan propaganda Kristian yang salah itu. Allah membekalkan kepadanya fatanah, iaitu kecerdikan(genius).  Beliau dianugerahkan ingatan yang sangat baik, keberanian dan kepetahan untuk bercakap dan berhujah.

BUKU IZHARUL HAQ
 2.4.   Dalam dirinya timbul minat yang amat mendalam untuk membaca.  Beliau mula mencari apa jua bahan bacaan untuk menambahkan pengetahuannya.  Pada satu hari, iaitu pada hari minggu beliau ke kedai runcit tuannya.  Beliau mencari-cari bahan bacaan sehinggalah Allah membimbingnya untuk menemukan dengan sebuah buku yang tertimbus bersama-sama surat khabar lama.  Buku lama yang sudah mula dimakan anai-anai dan hampir lusuh ini bernama “Izharul Haq” (Kebenaran Tersingkap-The Truth Revealed). Buku inilah yang telah mengubah hidupnya untuk puluhan tahun berikutnya  sehinggalah beliau meninggal dunia. Buku ini telah dikarang oleh Maulana Khairanawi pada tahun 1915, iaitu 3 tahun sebelum Ahmed Deedat  dilahirkan ke dunia.  Buku ini diterbitkan di India. 


2.5.   Buku ini dikarang bagi tujuan menghadapi gerakan misionari Kristian di India. Mubaligh kristian telah masuk ke India dengan jumlah yang sangat ramai untuk tujuan mengkristiankan orang India, khususnya yang beragama Islam. Buku ini berisi teknik-teknik dan kejayaan besar usaha-usaha umat Islam di India dalam menangkis dakyah misonari kristian selama ratusan tahun penaklukan Inggeris di India. Selain dari itu buku ini  juga mendedahkan kelemahan dan kepalsuan kandungan kitab Bible.  Setelah membaca dan memahami isi kandungan buku ini timbullah idea, semangat dan keberanian Ahmed Deedat untuk berdebat dengan mubaligh Kristian.  Ahmed Deedat juga telah membeli sebuah terjemahan Al-Quran oleh Yusuf Abdullah Ali pada tahun 1935 dengan harga 2.10 pound, iaitu hampir menyamai setengah dari gaji bulanannya yang berjumlah 5 pound. Inilah salah satu pelaburan paling berharga buat beliau. Dari saat itulah beliau mula membaca dan menghafal terjemahan Al-Quran serta membaca buku-buku berkaitan agama Islam untuk melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan.

2.6.   Ahmed Deedat memulakan pengajian agama Islam di kelas yang dikendalikan oleh Encik Fairfax, iaitu seorang mualaf di tempat tinggalnya.  Melihatkan kelasnya bertambah terkenal, Encik Fairfax telah menambah pelajaran tambahan, iaitu pengajian dalam bidang memahami kitab Bible dan bagaimana cara untuk berdakwah tentang Islam kepada orang kristian. Kemudiannya Encik Fairfax telah meninggalkan kelas tersebut dan beliau digantikan oleh pelajar yang paling menonjol, iaitu Ahmed Deedat.  Kelas ini telah dibimbing olehnya selama 3 tahun.

2.7.  Ahmed Deedat telah berkahwin dengan Hawa Deedat dan dikurniakaan 11 orang anak lelaki. Beliau menetap di sebuah kawasan penempatan di Trevennen Road, Verulam, Daerah Kwazulu-Natal, Durban.

HAWA DEEDAT
2.8.   Perkahwinan, kelahiran anak dan persinggahan sebentar selama tiga tahun ke Pakistan sesudah kemerdekaan negara itu tidak mengurangkan keinginan beliau untuk membela Islam dan menghadapi pendakyah Kristian.

2.9.   Ahmed Deedat bersama-sama dengan keluarganya serta sahabatnya telah berusaha mendirikan bangunan-bangunan termasuk masjid yang masih dikenali sehingga saat ini.
 
   3. PENGLIBATAN DALAM KERJA DAKWAH 
  
        3.1. Penubuhan IPCI/Institut As Salam

       3.1.1            Pada tahun 1957 Ahmed Deedat dan dua orang kawannya, iaitu      Goolam Hoosein Vanker dan Taahir Rasool telah menubuhkan Pusat Dakwah Islam Antarabangsa (Islamic Propagation Centre International [IPCI] berpejabat di Bandar Durban.  Beliau menjadi presidennya sehinggalah beliau kena serangan angin ahmar pada  tahun 1996.  Aktiviti utamanya ialah mencetak pelbagai buku tentang Islam, membuka kelas-kelas agama Islam kepada orang yang baru memeluk Islam dan melatih pendakwah Islam untuk berhadapan dengan pendakyah Kristian.

     3.1.2      Pada tahun 1958, beliau menubuhkan sebuah lagi   pusat dakwah yang dikenali dengan nama Institut Pengajian Islam  As-Salaam di atas tanah yang di derma seluas 75 ekar yang terletak disebuah tempat bernama Braemar.  Institut AsSalam tidak begitu berjaya kerana masalah kewangan yang menyebabkan Ahmed Deedat kembali semula ke Durban untuk meluaskan aktiviti IPCI. 

  3.1.3  IPCI telah menerbitkan lebih dari 20 buku dan menyebarkan berjuta-juta salinan risalah keagamaan secara percuma. IPCI mengirim beribu-ribu bahan kuliah ke seluruh dunia.  Naskah-naskah Al-Quran terjemahan telah dijual dengan harga murah, harga kos malah ada yang hanya diberikan secara percuma.
  
3.2.   Debat  Di Peringkat Antarabangsa
  
  3.2.1 Ahmed Deedat membeli Bible pertamanya. Membaca dan memahaminya dan mula melakukan debat dan diskusi dengan pelajar-pelajar misionari kristian. Ketika pelajar misionari tidak mampu menghadapi hujah  Ahmed Deedat mereka   telah memanggil guru teologi Kristian mereka untuk berdebat bersamanya. Pendeta-pendeta Kristian di daerah tempat tinggalnya juga turut diajak berdebat dengan Ahmed Deedat.

   3.2.2. Debat Ahmed Deedat dengan tokoh-tokoh terkenal Kristian diperingkat antarabangsa telah diadakan di merata tempat di dunia. Antara debat itu ialah seperti berikut:

BIL.
NAMA  PENDEBAT
TAJUK
1.
Josh Mc Dowell
Was Jesus Christ Crucified?
2.
V.S. Bishop General Wakefield
Was Jesus Christ Crucified?
3.
Floyd E. Clark
Was Jesus Christ Crucified?
4.
Gary Miller
Islam and Christianity
5.
Van Rooy
Islam and Christianity
6.
Pastor Stanley Sjoberg
Is The Bible God’s Word?
7.
Reverend Jimmy Swaggart
Is The Bible God’s Word?
8.
Dr. Anis Shorrosh
Is Jesus God?
9.
Erik Bock
Is Jesus God?
10.
Dr. Anis Shorrosh
The Quran and The Bible: Which Is God’s Word?
11.
Robert Douglas
Crucifixion: Fact or Fiction?
12.
Paul Findley
Is Israel Setup For Destruction?
 

3.2.3.     Debat yang paling bersejarah ialah antara beliau dengan Jimmy Swaggart bertajuk "Is The Bible God's Word" yang telah diadakan di Baton Rough, Louisiana, USA dalam tahun 1986. Ia dikatakan bersejarah kerana Jimmy ialah seorang reverend Kristian yang paling terkenal di USA dan dalam agama Kristian di Barat. Ia sebenarnya adalah a 'great debate'. Kesemua debat ini boleh dilihat di You Tube hingga hari ini. Sebagai pemerhati kita akan dapat buat keputusan sendiri siapakah sebenarnya yang memenangi debat itu. Siapa lagi jika bukan Ahmed Deedat. 
AHMED DEEDAT VS JIMMY SWAGGART
AKSI AHMED DEEDAT SEMASA BERDEBAT DENGAN JIMMY SWAGGART


                       Video Debat Ahmed Deedat dan Jimmy Swaggart

3.2.4. Beliau pernah menulis surat kepada pope, ketua gereja Kristian Roman Katholik di Vatican City, Itali untuk mengadakan perdebatan.  Namun permintaan ini tidak berani disambut oleh Pope.  Generasi kini dan akan datang perlu mengetahui bagaimana seorang manusia bernama Ahmed Deedat yang berpendidkan hanya setakat darjah 6 dan berasal dari keluarga miskin, seorang diri mampu mencabar dan menggoncang dunia Kristian.  Begitulah kehebatan yang Allah anugerahkan kepada beliau.

3.3.      Ceramah Umum 
      
3.3.1.     Ceramah pertama Ahmed Deedat telah diadakan pada tahun 1940 semasa beliau berusia  22 tahun.  Seramai 15 orang hadir.  Ia diadakan dalam sebuah panggung wayang bernama Avalon di kawasan kediamannya di Kwazulu-Natal.  Tajuk ceramahnya ialah “Muhammad PBUH : Messenger of Peace”

3.3.2. Pada usia 66 tahun Ahmed Deedat telah menjadi penceramah dalam bidang perbandingan agama yang terkenal seluruh dunia.  Di antara tempat-tempat yang beliau lawati untuk menyampaikan ceramahnya ialah seperti berikut:
i)   Arab Saudi
ii)  Mesir
iii) United Kingdom
iv) Switzerland
v)  Pakistan
                   vi)  Emiriah Arab Bersatu 
                   vii) Pulau Maldives  
                   viii) Amerika Syarikat 
                    ix)  Sweden  
                    x)  Denmark 
                    xi)  Kanada 
                   xii)  Australia – merupakan negara terakhir yang beliau lawati.  Ceramah pertama beliau di sana bertajuk 'Easter: Muslim Viewpoint' yang disampaikan pada 5.4.1996. Ceramah kedua pula disampaikan pada 9.4.1996 yang bertajuk "Christ in Islam".  Kedua-dua ceramah ini telah diadakan di Sydney Town Hall. Selepas ceramah ini beliau pulang ke Durban. Pada 3.5.1996 dia telah diserang angin ahmar yang menyebabkannya lumpuh selama hampir 10 tahun yang membawa kematiannya pada 8.8.2005.

                 xiii) Malaysia - Pernah 4  kali datang ke Malaysia, iaitu sekali di Pulau Pinang (26.2.1992), sekali di Shah Alam (9.2.1992) dan dua kali di Kuala Lumpur.  Ceramah terakhirnya di Kuala Lumpur ialah di Dataran Merdeka pada 21.2.1992 bertajuk "Islam-The Message of Peace and Truth"

3.4.        Penulisan Buku

Selain aktif berdebat dan memberi ceramah umum, Ahmed Deedat juga turut menulis buku-buku.  Semua bukunya bertujuan untuk menyedarkan penganut agama Kristian  khasnya bahawa Kitab Bible telah diselewengkan yang menyebabkan Kristian menjadi agama yang salah.  Antara buku-buku karangan beliau ialah:

1.      The Choice: Islam and Christianity (Part 1 & 2) - Paling popular




2.      50,000 Errors in The Bible

3.      What Is His Name?

4.      Was Jesus Crucified?

5.      Christ in Islam

6.      The God That Never Was


7.      What Was the Sign of Jonah?

8.    What The Bible Say About Muhammad(pbuh)

9.    Resurrection or Resuscitation?

10.    Muhammad (pbuh): The Natural Succesesor to Jesus Christ

11.    Al-Quran : The Miracle of Miracle
12.    Arab and Israel: Conflict or Conciliation
13.    Crucifixion or Cruci-fiction ?


14.    Is The Bible God's Word

15.    Muhammad (pbuh) The Greatest

16.    Who Moved The Stone?
17.      Combat Kits Against Bible Thumpers

      18.      Can You Stomach The Best of Rushdie?

4.       PENGIKTIRAFAN

SEMASA MENERIMA KING FAIZAL INTERNATIONAL PRIZE

4.1.   Sebagai penghargaan kepada sumbangannya yang sangat besar dalam bidang dakwah untuk dunia Islam,  beliau telah dianugerahkan penghargaan bertaraf antarabangsa, iaitu King Faisal International Prize oleh Raja Al Malik Faisal, Arab Saudi  pada tahun 1986.

4.2.   Almarhum Sheikh Ahmed Hossen Deedat bolehlah disimpulkan sebagai seorang cendiakawan Islam dalam bidang perbandingan agama, khususnya antara Islam (Quran) dan Kristian (Bible). Beliau ialah  Muslim Scholar of the Christian Bible walaupun tidak memiliki diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana ataupun PhD. Beliau hanya sempat menamatkan pelajaran sehingga darjah 6 sahaja.  Beliau bolehlah disifatkan sebagai "The Man and His Mission". Itulah anugerah Allah kepada hamba pilihanNya.

5.       KESAN KERJA DAKWAH ALMARHUM

  5.1. Kesan positif kerja dakwahnya tidak mampu disangkal lagi. Beribu-ribu orang Kristian, termasuk dikalangan paderi Kristian telah memeluk Islam dan menolak Kristian.  Mereka mula menyedari kepalsuan yang ada dalam agama Kristian. Secara umumya naluri setiap manusia ialah untuk mencari kebenaran (truth) dalam beragama, iaitu agama manakah yang benar.  Ahmed Deedat dengan ilmu yang Allah berikan kepadanya telah berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang benar manakala Kristian adalah tidak benar.

     5.2.   Di Eropah yang terkenal dengan agama Kristian kini menyaksikan ramai penganutnya memeluk Islam dari masa kesemasa.  Islam menjadi agama yang paling pesat berkembang samada di Eropah, England ataupun Amerika Syarikat.
       
  5.3.  Kebimbangan Barat kini ialah kecenderungan rakyat mereka meninggalkan agama Kristian dan masuk Islam.  Inilah jasa dan sumbangan besar Ahmed Deedat kepada dunia dakwah yang menjadi darah dagingnya dan juga sebab kenapa Allah memilihnya. Legasi Ahmed Deedat tidak dapat dipadamkan oleh Barat.  Ceramah, debat beliau dapat dilihat dalam You Tube hingga kini walaupuan beliau telah menemui penciptanya 9 tahun yang lalu.  12 buah buku karangannya seperti disenaraikan di atas juga boleh dibeli dan dibaca oleh sesiapa pun yang ingin mencari kebenaran dalam beragama.

6.       UJIAN ALLAH
 
DR.ZAKIR NAIK MENZIARAHI AHMED DEEDAT


    6.1. Ceramah umum terakhir Ahmed Deedat telah diadakan di Sydney Town Hall, Australia pada 9.4.1996 bertajuk "Christ in Islam".  Selepas ceramah itu beliau pulang ke rumahnya di Verulam.  Allah maha merancang lagi mengetahui segala-galanya.  Pada 3.5.1996 beliau telah diserang angin ahmar yang menyebabkannya lumpuh seluruh badan.  Namun begitu, matanya dapat berfungsi dengan baik.  Akal fikirannya juga masih sangat baik. 

 
YUSUF ISLAM MENZIARAH AHMED DEEDAT
     6.2.  Atas ehsan kerajaan Arab Saudi beliau telah diterbangkan khas ke Hospital King Faisal, Riyadh dengan jet persendirian untuk mendapatkan rawatan khas.  Beliau di sana selama 10 bulan.  Seorang pakar neurologist berasal dari Jerman ditugaskan merawat Ahmed Deedat. Beliau tidak dapat dipulihkan tetapi diberikan latihan untuk berkomunikasi menggunakan mata.  Akhirnya beliau telah diterbangkan semula ke kampong halamannya di Verulam. Di rumahnya beliau dijaga oleh isteri kesayangannya Hawa Deedat.  Dialah isteri dan juga  doktor yang menguruskan keperluan sehariannya.  Kenalannya termasuk beberapa pembesar dari seluruh dunia telah mengunjunginya di Verulam.


     6.3. Walaupun telah menghabiskan masa selama 50 tahun berdakwah dan begitu besar sekali jasanya kepada Islam namun Allah tetap memberikan ujian kepadanya hingga terpaksa menjalani kehidupan sebagai orang yang lumpuh sepenuh badan dan anggota (melainkan mata dan otak). Apa yang beliau alami itu tidak lain melainkan sebagai bukti kebenaran firman Allah dalam Surah Al Baqarah [Lembu Betina](2:214) yang berbunyi:

 








  “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Kita semua hendaklah besedia dengan firman Allah ini.  Mungkin satu hari sampai giliran kita pula untuk diuji olehNya.

7.       KEMBALI KERAHMATULLAH

                                                          PUSARA AHMED DEEDAT
Setelah menderita penyakit angin ahmar selama 9 tahun 3 bulan dan 4  hari maka pada tanggal 8.8.2005  terlaksanalah ketetapan Allah untuk hamba pilihanNya.  Beliau telah mengembuskan nafas terakhirnya pada tarikh tersebut dan pergi meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya.  Beliau meninggal dunia di rumahnya di Trevennen Road, Verulam, Daerah Kwazulu- Natal, Durban Afrika Selatan semasa berusia 87 tahun. Jenazahnya telah disemadikan dibawah sebuah pohon yang besar di tanah perkuburan Islam Verulam. Isterinya yang setia, Hawa Deedat telah meninggal dunia lebih kurang 1 tahun selepas kematian Ahmed Deedat.

8.       PATAH TUMBUH, HILANG BERGANTI

                     SHEIKH AHMED DEEDAT SEDANG MEMBIMBING DR. ZAKIR

8.1Setiap yang bernyawa pasti akan merasa kematian. Setiap yang patah pasti tumbuh dan hilang pula tentu akan berganti. Itu sudah menjadi lumrah.  Kerjaya dakwah almarhum tidak diteruskan oleh 11 orang anak lelakinya.  Ini kerana ilmu dan iman itu sesuatu yang tidak dapat diwarisi kepada anak-anak.

   8.2. Allah telah memilih orang berketurunan India juga untuk meneruskan kerja dakwah almarhum, iaitu bekas anak murid beliau.  Orang itu ialah Dr. Zakir Naik, pengasas Islamic Research Foundation (IRF) dan Peace TV yang beribu pejabat di Mumbai India. 
        
                                                                               32 Dr Zakir Naik ideas | doctor, islam, the orator
                                                                           DR.ZAKIR NAIK
                     
KOMENTAR DARI PENULIS:
 
1.  Penulisan ini dihasilkan sebagai menghargai pengorbanan, sumbangan dan jasa besar almarhum dalam kerja dakwahnya untuk mempertahankan agama Islam yang maha suci, khususnya dari serangan dan dakyah Kristian. Rasanya tidaklah keterlaluan jika saya katakan bahawa Sheikh Ahmed Deedat adalah pilihan Allah di abad ini untuk mempertahankan agamaNya serta mendedahkan kepalsuan dan kebatilan ajaran agama-agama lain, khususnya Kristian.

2.     Lihat bagaimana perancangan Allah untuk Ahmed Deedat.   Jika kita fikir secara logik sahaja ayah Ahmed Deedat sepatutnya berhijrah ke New Delhi atau Bombay atau Culcutta dan lain-lain bandar besar di India jika hanya sekadar untuk mengubah hidupnya yang miskin itu.  Ini kerana di tempat ini peluang kerjanya lebih baik berbanding Gujerat.   Namun Allah maha mengetahui lagi maha merancang apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.  Allah telah mengerakkan hati ayah Ahmed Deedat untuk berhijrah ke Afrika Selatan yang jaraknya ribuan kilometer dari India. Selepas itu Allah mentakdirkan pula penghijrahan Ahmed Deedat ke Afrika Selatan. Kenapa ia jadi begitu  Kerana Allah mengetahui bahawa bumi Afrika Selatan, khususnya Durban itu tempat yang sangat baik dan strategik untuk Ahmed Deedat memulakan kerjaya dakwahnya dalam mempertahankan Islam dan menghadapi dakyah Kristian.  

3.  Nilai pula ketibaan Ahmed Deedat di pelabuhan Durban adalah sehari sahaja selepas kerajaan Afrika Selatan menguatkuasakan undang-undang melarang kemasukan kanak-kanak dari luar yang tidak diiringi oleh ibu mereka. Kanak-kanak lain yang tiba bersama Ahmed Deedat telah diarahkan pulang semula ke India.  Hanya Ahmed Deedat seorang sahaja yang terlepas dari sekatan itu. Bukankah ini membuktikan bahawa beliau adalah insan pilihan Allah untuk membuat kerja dakwah bagi memperkuatkan agama Islam.

4.  Perhatikan pula bagaimana buku 'Izharul Haq' yang diterbitkan di India pada tahun 1915 boleh sampai dan berada di kedai tempat Ahmed Deedat bekerja di bandar Durban. Jarak India an Durban, Afrika Selatan adalah ribuan kilometer jauhnya. Buku inilah yang menjadi bahan rujukan pertama/utama beliau untuk menentang pendakyah Kristian. Segala-galanya dengan perancangan Allah yang maha mengetahui.  Memang benarlah apa yang difirmankan Allah dalam Surah Ali Imran [Keluarga Imran] (3:54) yang berbunyi:




"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."

Tafsiran kepada ayat ini ialah bahawa manusia merancang, manusia merencana dan Allah juga merancang dan merencana sesuatu. Dan ingatlah bahawasanya perancangan dan perencanaan Allah itulah yang paling berjaya.

5.     Semoga semangat kental dan perjuangan ikhlas almarhum dalam dunia dakwah dapat dicontohi oleh orang lain selepasnya dalam usaha mempertahankan kesucian dan keharmunian agama Islam.

6.   Sumbangan beliau teramat besar kepada Islam.  Ribuan orang Kristian, termasuk di kalangan paderi telah memeluk Islam kerana mengetahui kepalsuan agama Kristian dan kebenaran agama Islam hasil kerja dakwahnya. Berbondong-bondong orang Kristain meninggalkan agama mereka semasa beliau masih hidup hingga sekarang ini. Beliaulah orang yang memulakan pendedahan tentang kepalsuan agama Kristian ini secara meluas yang kemudiannya diikuti oleh pendakwah Islam yang lain seperti Dr. Zakir Naik dan sebagainya.

7.  Semoga Allah merahmati almarhum, memasukkan rohnya bersama-sama dengan roh orang yang bertaqwa dan beriman kepadaNya dan diberikan ganjaran syurga untuknya.  Namamu Ahmed Deedat pasti akan tetap dikenang dan diingati orang sepanjang zaman. Dunia Islam sangat berterima kasih atas semangat dan daya juangmu dalam bidang dakwah yang tidak pernah mengenal jemu dan letih.  SELAMAT TINGGAL AHMED HOSSEN DEEDAT.
Baca juga :