PENJAGA AL-QURAN

Nama beliau ialah Musa Koita berumur 36 tahun dan telah menghafal keseluruhan Al-Quran.

Seorang sahabatnya menceritakan bahawa setiap hari beliau akan khatam Al-Quran.

Ketika ditanya bagaimana beliau menyusun waktu beliau?

Ini yang beliau lakukan:

1) Beliau tidur 3 jam pada waktu malam, dan 1 jam pada waktu siang

2) Selepas selesai makan malam, beliau akan tunggu sebentar dan terus tidur

3) Kemudian beliau akan bangun pada jam 1 pagi untuk baca Al-Quran

4) Selepas solat subuh, beliau akan mandi supaya badan lebih segar

5) Selepas sarapan pagi, beliau akan ke masjid untuk sambung bacaan sehingga zuhur

6) Selepas solat zuhur, beliau makan tengahari dan akan rehat sebentar

7) Selepas solat asar, beliau akan sambung bacaan Al-Quran sehingga solat maghrib

Begitulah kehidupan ahli-ahli Al-Quran, aktiviti harian mereka penuh dengan Al-Quran.

Semoga Allah menggolongkan kita bersama dengan mereka di hari kiamat nanti. Amin.

(Source: Kun Anta)
Baca juga :