Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim Isi Kegiatan Malam Tahun Baru 2023 Bersama Masyarakat dengan Shalat Hajat dan Baca Yasin

[PORTAL-ISLAM.ID] Sangat menarik apa yang dilakukan Perdana Menteri Malaysia Datuk Anwar Ibrahim dalam mengisi dan mewarnai Tahun Baru 2023 bersama masyarakat dengan kegiatan solat hajat dan baca Yasin. 

***

Berikut dikutip dari status fb PM Malaysia Anwar Ibrahim:

Menyertai para jemaah di Masjid Putra, Putrajaya untuk menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin sempena program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023. 

Dalam Amanat Tahun Baharu, saya telah menyatakan bahawa pembangunan dalam negara perlu diteruskan namun tidak boleh mengabaikan nasib rakyat bawahan.

Kita harus manfaat kekuatan sedia ada untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan pelabur. 

Untuk itu, kerajaan akan terus perkasa usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur luar dengan mengamalkan tadbir urus yang baik, bebas rasuah dengan memastikan Malaysia bukan tempat untuk pemimpinnya menggondol kekayaan.

Kerajaan juga telah mendapat senarai pelabur dari negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, China, India serta beberapa negara sekitar Asia yang akan datang dan melihat sendiri perkembangan di Malaysia khususnya dari aspek ekonomi. 

Kita juga harap ada tumpuan baharu yang boleh ditingkatkan dan memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih meyakinkan. 

Ini perlu kerana Malaysia adalah negara perdagangan yang selama ini mencatat kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan usaha kita menerima pelaburan domestik dan luar negara. 

Selain kestabilan politik dan tadbir urus yang baik, langkah lain yang harus diambil ialah dengan usaha mempercepat proses kelulusan dengan menjamin bahawa Malaysia ini bukan tempat pemimpin-pemimpin menggondol kekayaan dan bukan untuk mencari helah menerima komisen.

Budaya baru akan diterapkan dan Malaysia mesti kembali gemilang!

(Anwar Ibrahim)

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡