[BREAKING] PERNYATAAN BERSAMA OLEH MARKAS BERSAMA PEJUANG PALESTINA DI GAZA

PERNYATAAN 
OLEH MARKAS BERSAMA PEJUANG PALESTINA DI GAZA

Disampaikan oleh MUJAHID AL AHMED (Jubir Markas Bersama Pejuang Palestina)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kepada semua perwira perwira dan rakyat yang berjuang

Salam sejahtera kepada mereka yang gugur yang telah ditanam dengan mengecat darah mereka dengan plat kemenangan. Salam sejahtera kepada keluarga mereka. 

Salam sejahtera kepada keluarga yang cedera, mereka yang cedera dan mereka yang berada di belakang tirai besi ditangkap musuh. 

Salam Sejahtera kepada Baitul Maqdis.

Salam sejahtera kepada semua rakyat yang berada di garis 1948.

Salam sejahtera kepada semua pejuang yang telah berjuang bersama sama dalam Perang "Saif Al Quds" dan telah mendengar luahan jeritan rakyat Sheikh Jarrah dan Palestin serta membalasnya.

Kita telah berjuang dalam detik bersejarah ini berjuang dengan penuh pergelutan demi kebebasan.

Kita berjuang untuk Baitul Maqdis dan membalas perbuatan mereka dan pengorbanan itu tidak dibayar setaraf dengannya.

Perang Saif Al Quds telah menyatukan semua rakyat Palestina dan telah memilih dengan sepakat menentang musuh dan kami pihak pejuang menentang dengan segenap kekuatan yang ada menghalang musuh. 

Perang ini telah membawa rakyat dunia bersama kita menghadapi pencerobohan ini.

Kejayaan perlawanan ini adalah dengan Izin Tuhan. Jenayah perang yang dibuat musuh tiada halangan dan tiada batasan.

Kami telah membalas dengan menyerang seluruh wilayah zionis, pangkalan militer dan tempat tentera musuh berkumpul menggunakan segala kemampuan yang ada.

Kami dengan bangganya menyerang Tel Aviv, Ashkelon dan Ashdod dan berjaya membakar bandar mereka. Mempersiapkan kesediaan tempur dan kemampuan mencapai sasaran sepanjang 11 hari ini.

Sasaran baru yang sebelum ini tidak pernah tercapai akhirnya tercapai dan melumpuhkan hidup musuh selama 11 hari. Kilang, pangkalan tentera, lapangan terbang dan pelabuhan mereka terpaksa diletakkan dalam keadaan perlindungan kerana keputusan yang teruk daripada pentadbiran mereka.

Sasaran berjaya diserang dan menunjukkan kegagalan kebanggaan mereka Iron Dome dan sistem pertahanan mereka. Pejuang telah menunjukkan senjata baru dan walaupun terkepung dan cubaan menyerangnya sangat banyak. Dengan Izin Tuhan, Kita punyai kelebihan berbanding musuh, meskipun keadaan dan kekuatan musuh yang sangat berbeza dengan kami.

5 PERKARA YANG DINYATAKAN MARKAS BERSAMA PEJUANG PALESTINA:

1) Kemenangan ini terletak di atas darah mereka yang terkorban dan kita akan pastikan ia menjadi duri kepada tekak musuh sehingga mereka meninggalkan tanah air kita.

2) Jika musuh datang lagi. Tangan kami sudah berada di picu senjata dan kami mempunyai babak pertempuran yang masih belum tertulis.

3) Para Pejuang berada dalam keadaan baik dengan Rahmat Tuhan. Mesin pemusnah dan pembunuh musuh berserta nafsu kosong tidak dapat mencapai dan memusnahkan kemampuan kami. Kami masih mampu bertempur untuk waktu yang panjang dan bersedia melawan musuh dengan kejutan yang masih belum ditunjukkan.

4) Semua pihak harus bersatu menentang pencerobohan ini ke atas rakyat dan tanah air dan di mana rakyat kita berada di tanah ini. 

5) Kami menyeru semua rakyat agar bersama dan bersatu dengan pejuang untuk membina kekuatan bagi menghalang musuh sebaik serangan pertama dan dengan Janji Nabi dan kehormatan kita, kita akan mengalahkan Zionis ini dengan Izin Tuhan.

Musuh gagal secara terus untuk menilai ukuran, kekuatan, kemampuan dan respon para pejuang.

Mereka gagal dan coba membunuh moral kita dengan menyerang tempat awam (warga).

Kejayaan kepada mereka yang terkorban...

Kemerdekaan kepada mereka yang ditawan... 

Kesembuhan kepada mereka yng cedera...

Allah Maha Besar dan kemenangan kepada pejuang!

MARKAS BERSAMA PEJUANG PALESTIN

9 SYAWAL 1442 HIJRAH/21 MEI 2021

(Diterjemahkan oleh netizen Malaysia @Marchfoward)

_____
*NB: Semua Faksi Pejuang Palestina di Gaza (Hamas, Jihad Islam, Dll) mereka Bersatu dalam Menghadapi Penjajah Israel. Semua Faksi ini tergabung dalam Markas Bersama, Satu Komando Satu Perjuangan.

Baca juga :