Jemaah Gempar Babi Hutan Masuk Masjid


[PORTAL-ISLAM.ID] Jemaah di Masjid Sungai Plong, Sungai Buloh, gempar seekor babi hutan yang dipercayai tersesat telah memasuki ruang masjid itu lalu mengejar jemaah serta kanak-kanak sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera, malam tadi (Selasa, 6/3/2018).

Imam masjid berkenaan Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin dalam kenyataan berkata seorang jemaah mengalami kecederaan pada leher akibat disondol babi hutan semasa jemaah masjid ingin menunaikan solat isyak.

"Ketika kejadian, ramai jemaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jemaah yang berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat."

"Setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, haiwan tersebut telah menumbangkan dua motosikal dan akhirnya berjaya ditembak oleh seorang jemaah masjid yang mempunyai senapang patah," katanya dan menambah pihaknya telah menghubungi Balai Polis Sungai Plong bagi mengawal keadaan.

Katanya hampir keseluruhan bahagian di dalam dan beranda masjid terjejas akibat kejadian itu dan pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut. (Bernama)
Baca juga :